Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tindakan Tegas Jika Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar prosedur...

Haziq Didakwa Dalam Kem...

KUALA LUMPUR - Muhammas Haziq Abdul Aziz, individu yang mengaku dalam video intim...

Che Ta Tak Nak...

PELAKON dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan, 43, berkata dia tidak berminat untuk...

VIDEO: 7 Lagu Yang...

Figura ini sedang meniti  kemasyhuran dengan lagu-lagu dendangan yang mesra di halwa telinga...

Gencatan Senjata ‘Rapuh’ Di Gaza Masuk Minggu Kedua

GAZA: Gencatan senjata ‘rapuh’ bagi menamatkan perang di Gaza sudah memasuki minggu kedua hari ini, selepas empat tebusan Israel dan sekitar 200 tahanan Palestin dibebaskan dalam suasana penuh kegembiraan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, beberapa kemelut dan isu kecil berkaitan pembebasan itu dikhuatiri bertambah serius sehingga menjejaskan gencatan senjata yang dipersetujui.

Fasa kedua perjanjian itu akan membabitkan rundingan untuk menamatkan perang secara kekal, namun penganalisis tetap khuatir ia berisiko gagal kerana sifatnya yang berfasa dan tiada kepercayaan mendalam antara Israel dan Hamas.

Semasa fasa pertama selama enam minggu, 33 tebusan dijangka dibebaskan secara berperingkat dengan pertukaran sekitar 1,900 tahanan Palestin di penjara Israel.

Setakat ini, sejumlah tujuh tebusan dan 289 tahanan Palestin sudah dibebaskan di bawah perjanjian itu, bersama seorang tahanan warganegara Jordan turut dibebaskan oleh Israel.

Gencatan senjata juga membawa peningkatan bekalan makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan bantuan lain ke Gaza tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ‘krisis kemanusiaan masih lagi kritikal’.


Empat tebusan yang dibebaskan semalam, kesemuannya tentera wanita Israel, sudah pulang ke pangkuan keluarga mereka, malah turut dibawa ke hospital, di mana seorang doktor menyatakan mereka berada dalam keadaan stabil.

Daripada 251 tebusan yang ditahan semasa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, seramai 87 lagi masih berada di Gaza, termasuk 34 daripadanya sudah meninggal dunia, menurut tentera.

Sebahagian rakyat Israel bimbang mengenai nasib tebusan yang masih ditahan, kerana anggota sayap kanan dalam gabungan pemerintahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menentang gencatan senjata berkenaan.

Beberapa jam selepas pembebasan tebusan semalam selesai, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Tel Aviv, untuk mendesak pihak berkuasa membebaskan segera semua tebusan.

Seorang wartawan AFP melaporkan, penunjuk perasaan itu melaungkan sokongan untuk semua tebusan yang masih ditahan pulang, termasuk mereka yang tidak dijadualkan dibebaskan semasa fasa pertama gencatan senjata ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori