Sunday, January 5, 2025

Creating liberating content

Mara Nafi Calon UPSR...

KUALA ,LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa menafikan...

3 Pusat Pemindahan Dibuka...

IPOH - Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh Perak berikutan banjir...

Kualiti Air Di Kuantan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta penduduk Kuantan, Pahang tidak khuatir dengan kualiti...

8 GAMBAR : Bilik...

Gara-gara pertengkaran sesama pelajar, sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dibakar...

Isu Kartel, Runner Di PUSPAKOM Sudah Lama Berlaku – MCW

KUALA LUMPUR : Isu kartel dan ‘runner’ yang memanipulasi proses pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sudah lama berlaku dan hanya baru-baru ini didedahkan, dakwa Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata isu yang sudah berlarutan itu sewajarnya sudah lama disiasat, dan kelewatan itu menunjukkan berlaku kelemahan dalam penguatkuasaan dan pemantauan.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa tindakan tegas diambil dengan semua pihak yang terbabit, termasuk kakitangan dalaman, ‘runner’, dan pemimpin kartel, dan dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah.

“Kami menyambut baik kerjasama erat antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu ini.

“Bagaimanapun, MCW menyeru pihak berkuasa agar memastikan siasatan dilakukan dengan telus, tegas, dan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pemeriksaan kenderaan di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, MCW adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memantau, menyiasat, dan mempromosikan kesedaran mengenai isu-isu rasuah di negara ini.

Selain tindakan tegas, Jais berkata proses pemeriksaan kenderaan perlu ditambah baik dengan mekanisme kawalan yang lebih ketat perlu diperkenalkan.

Katanya, ini termasuk penggunaan teknologi terkini seperti pengawasan masa nyata dan audit berkala oleh pihak ketiga yang bebas.

“Selain itu, MCW menyokong langkah kerajaan untuk mengkaji semula monopoli PUSPAKOM dengan memberi lesen kepada lebih banyak syarikat.


“Namun, keputusan ini mesti dilaksanakan dengan penuh berhati-hati dan memerlukan mekanisme kawalan ketat.

“Pelaksanaan lesen kepada syarikat lain mesti disertai dengan sistem pemantauan ketat bagi mengelakkan pembentukan kartel baharu,” katanya.

Tambah Jais, perlu ada persaingan sihat antara syarikat yang dilantik dengan satu polisi yang jelas harus digubal untuk memastikan persaingan antara syarikat ini adalah telus dan beretika, tanpa campur tangan sindiket atau orang tengah.

Di samping itu, katanya SPRM perlu sentiasa dilibatkan untuk memastikan sebarang kelemahan dalam sistem baharu ini dapat dikenal pasti dan diatasi dengan segera.

“MCW menyeru rakyat Malaysia untuk memainkan peranan sebagai pemerhati dan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan kartel kepada pihak berkuasa.

“Pada masa yang sama, MCW berharap kerajaan mengambil pendekatan holistik menangani isu ini, termasuk memperkasa pendidikan integriti dalam kalangan kakitangan PUSPAKOM, JPJ, dan syarikat berkaitan,” katanya.

Tegas beliau, hanya melalui usaha kolektif dan komitmen semua pihak akan dapat memastikan sistem pengangkutan negara bebas daripada korupsi, sekali gus memelihara keselamatan jalan raya dan kepercayaan rakyat.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semalam dilaporkan berkata JPJ sudah mengadakan perbincangan dengan SPRM untuk mengenal pasti tahap integriti membabitkan kakitangan PUSPAKOM.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori