Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUALA LUMPUR - Polis telah merampas syabu bernilai RM1.5 dan menahan lapan lelaki...

Lois Lane, ‘Kekasih’ Superman...

WATAK 'Lois Lane' dalam filem adiwira Superman yang ditayangkan pada 1978, Margot Kidder...

Suri Rumah Cetus Kluster...

KOTA KINABALU - Seorang suri rumah mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah...

3 Cedera Serangan Tembakan...

LOS ANGELES - Tiga remaja sekolah tinggi di barat daya Oregon cedera akibat...

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen dalam satu majlis di sebuah hotel di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Muhamad Imran Khairil, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap beliau dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Imran didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 47 dengan menggunakan sebuah kamera sebagai senjata.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Raziman Din, 53, dengan menggunakan sebuah kamera sebagai senjata.

Muhammad Imran didakwa melakukan kedua-dua pertuduhan itu pada jam 8.45 malam dan 9 malam di Level 1 Grand Ball Room M World Hotel Petaling Jaya-Avante Hotel, Persiaran Bandar Utama, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran ketika prosiding mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh yang bekerja sebagai jurugambar bebas sudah berkahwin dan menanggung kedua ibu bapa selain tidak mempunyai pendapatan tetap.


Farah Azura membenarkan tertuduh dijamin dengan RM3,500 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu kedua-dua mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan dua pereka fesyen, Razman dan Razmi cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dalam kejadian itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen yang menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.

Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori