JOHOR BAHRU : Tiga mangsa maut dalam kebakaran di Jalan Limau Manis, Kampung Dato Bentara yang lebih dikenali sebagai Kampung Oren, di Kampung Oren, di sini, membabitkan seorang warga emas, anak serta cucunya.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata mangsa yang ditemui maut dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63; Lee Chiw Yong, 30, serta Chen Si Jing, 11.
Seorang lagi mangsa yang berjaya diselamatkan, Chen Yu Rong, 12, juga cucu warga emas berkenaan.
“Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat selain untuk rawatan lanjut,” katanya.
Pagi tadi, tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, di sini, terbakar awal pagi tadi.
Dalam insiden itu, empat mangsa dilaporkan terperangkap dan seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak lelaki 12 tahun diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli, dilaporkan berkata seramai 24 anggota dan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadi di Jalan Limau Manis, Kampung Oren selepas mendapat panggilan kecemasan orang awam.
Sebuah rumah struktur kekal berkeluasan 24 kaki (7.31 meter) x 30 kaki (9.14 meter) dilaporkan terbakar dan memusnahkan 80 peratus kediaman berkenaan.
-Berita Harian