Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Mengaku Tidak Bersalah Atas...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas...

Chegubard Kecam Pakatan Bersikap...

SHAH ALAM - "Saya didakwa di bawah Akta Hasutan yang konon ditentang parti...

Bintang AF1 Adakan Konsert...

PROGRAM Akademi Fantasia (AF) yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu bakal mengembalikan...

‘Kleptokrat’ Diangkat, Kabinet Anwar...

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan barisan...

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

PUTRAJAYA: Lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong PAS berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap bekas perdana menteri itu berhubung prosiding Mahkamah Rayuan bagi menentukan ada atau tiada Titah Adendum.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tinjauan mendapati orang ramai mula hadir di luar Istana Kehakiman seawal jam 7 pagi dan turut kelihatan hadir bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Lebih 20 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurugambar juga berada di luar Istana Kehakiman bagi membuat liputan.

Sementara itu Najib dilihat tiba memasuki bangunan Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi diiringi kenderaan anggota penjara.


Penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman turut melaungkan’Hidup Bosku’ sebagai menyambut kehadiran Najib.

Setakat jam 8.50 pagi tadi, bilangan yang hadir untuk mengikuti prosiding dan menyertai himpunan tanda solidariti kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu semakin bertambah.

Turut kelihatan puluhan anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawasi peserta solidariti.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori