Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

Khalid Abu Bakar Nafi...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM)...

2 Suspek Kes Bakar...

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang direman selama tiga hari susulan kes kebakaran...

Netizen ‘Bahan’ Fesyen Neelofa...

SETIAP kali tibanya malam Anugerah MeleTOP Era (AME), busana yang digayakan pengacaranya Neelofa...

Amanah Serah Kepada Mahathir...

GEORGE TOWN - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan kepada Perdana Menteri,...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian itu berlaku pada jam 7.37 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari kediamannya menuju ke Bukit Aman untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan.

Secara kebetulan, kenderaan membawa Razarudin berada selang beberapa meter dari belakang.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya berkenaan, kelihatan Razarudin bersama pegawainya membantu mangsa selain turut mengawal aliran trafik.

Salah seorang pegawai polis juga kelihatan memapah mangsa ke tepi jalan sementara menunggu ketibaan ambulans.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu di lorong kanan telah dilanggar penunggang motosikal.


“Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang berusia 56 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lagi kenderaan jenis Mazda CX 3.

“Kemalangan berlaku di laluan pergerakan konvoi kenderaan Tan Sri Ketua Polis Negara sebelum beliau turun dari kenderaan dan membantu memberi bantuan awal sebelum bantuan anggota trafik tiba di lokasi,” katanya.

Tambahnya, penunggang terbabit dilaporkan mengalami cedera di buku lali kiri dan di tangan kanan.

“Lelaki itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Cancelor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua pemandu kereta itu juga telah membuat laporan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori