Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Pelajar Madrasah Koma Dipukul...

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah dua kakinya...

KPT Cadang Tubuhkan Jawatankuasa...

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institut...

Chelsea Kukuh Kedudukan, Arsenal...

LONDON - Chelsea mengekalkan kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL)...

Bekas Pengarah Urusan MAS...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd., Tan Sri Dr. Abdul...

Konsert Pinkfish: Polis Masih Tunggu Laporan Toksikologi PPUM

KUALA LUMPUR : Polis masih menunggu laporan analisis toksikologi tujuh mangsa yang disyaki mengambil pil ecstasy semasa menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway di sini, pada 31 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan kes sedang diteruskan.

“Kita (polis) belum merakam keterangan seorang lagi mangsa yang sedang dirawat dan menunggu masa sesuai oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Polis juga masih menunggu keputusan toksikologi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini, polis sudah merakam keterangan seorang lagi individu yang dirawat di PPUM bagi membantu siasatan kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu.


Wan Azlan dilaporkan berkata, individu berkenaan yang sebelum ini menerima rawatan di PPUM sudah dibenarkan pulang dan keterangannya diambil pada 8 Januari lalu.

Terdahulu media melaporkan, siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ecstacy.

Pihak penganjur kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka sudah mengambil pelbagai langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota polis, menempatkan anggota keselamatan terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk, serta akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan polis.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori