Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Anugerah Khas Maal Hijrah...

SERDANG: Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas Maal...

‘Pertahan DUN Rantau Bukan...

SEREMBAN : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cabarannya...

Kerajaan BN Sentiasa Hargai...

BEAUFORT - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghargai sokongan diberikan rakyat kepada parti...

Radioaktif Perlombongan Bauksit Tidak...

KUANTAN - Tahap radioaktif disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit di daerah ini tidak...

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

PUTRAJAYA – Lebih 800 individu hadir di pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehingga jam 10 pagi, pihak polis menganggarkan seramai hampir 600 orang memenuhi bahagian belakang manakala hampir 300 orang memenuhi sudut kanan bangunan Istana Kehakiman.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah menugaskan seramai 456 anggota dan pegawai polis di dalam dan luar Istana Kehakiman.

“Pada masa ini keadaan di kawasan Istana Kehakiman masih terkawal meskipun lebih 800 orang didapati berhimpun di bahagian belakang dan sudut kanan bangunan tersebut.

“Penugasan kawalan keselamatan dan pemantauan dilakukan dengan kekuatan seramai 456 pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan dibantu penugasan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.


Aidi Sham berkata, pihaknya setakat ini mengesan satu kesalahan iaitu mempamerkan sepanduk ‘Solidariti Datuk Seri Najib’ yang dibawa oleh individu yang hadir ke perhimpunan ini.

“Kita masih menjalankan kawalan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Mengulas mengenai aliran trafik, Aidi Sham menyatakan keadaan lalu lintas di Putrajaya berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

“Kita melaksanakan tiga sekatan jalan raya (SJR) dari jam 8 malam tadi terutama laluan menuju ke Istana Kehakiman,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori