Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Pemandu Lori Mengaku Bersalah...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Pingat Perak Terjun Cetus...

RIO DE JANEIRO - Kontinjen negara jelas lega sebaik gandingan penerjun, Pandelela Rinong...

Pengusaha Labu Sayong Hasilkan...

KUALA LUMPUR - Lazimnya patung kenit watak kartun atau anime (animasi Jepun) diperbuat...

4 Beradik Menderita Penyakit...

EMPAT beradik yang berasal dari keluarga miskin di Pakistan, kini perlahan-lahan bertukar menjadi...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di Meru, Klang, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan pada hari sama selepas melakukan jenayah itu.

Katanya, terdahulu, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian samun itu, jam 1.24 pagi, semalam.

“Dalam kejadian itu, suspek datang ke rumah dihuni keluarga warga asing itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum meminta pengadu membayar RM4,000 jika tidak mahu ditangkap.


“Akibat rasa terancam, pengadu dan ahli keluarga menyerahkan dua bentuk cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek ditangkap bersama barangan yang disamun dan direman enam hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/170 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori