Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

Remaja Ketagih Viagra Kerana...

Baru berusia 13 tahun, namun seorang remaja telah ketagih kepada Viagra selepas rakan-rakan...

Muhammad Khalil Lepas Jawatan...

KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengambil...

‘Tak Boleh Hapus Semua...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal berdepan krisis kewangan jika tol di seluruh negara...

Sauh Kapal Bawa Harta...

LONDON - Sebuah sauh yang dipercayai berasal daripada 'nahas kapal laut paling berharga'...

Lelaki Myanmar Hina Polis Di TikTok Didenda RM7,000

AMPANG: Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengaibkan dengan cara menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam TikTok, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pekerja pusat cuci kereta, Ramzan Ali Noor Din, 38, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding serahan dokumen di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Pada 8 November tahun lalu, Ramzan Ali mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan perpecahan keamanan menerusi video di aplikasi sosial itu atas nama ‘theintheinzaw403’.

Dia didakwa melontarkan kata-kata kesat serta tuduhan tidak berasas untuk membangkitkan kemarahan terhadap pihak polis di Balai Polis Pandan Indah, di sini, pada 5 petang, 28 Oktober tahun lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, ketika kejadian, semasa melayari aplikasi media sosial, seorang pengadu terlihat satu video berdurasi 45 saat dimuat naik oleh tertuduh, menunjukkan dia mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pihak polis.

Ketika prosiding, peguam Wan Nur Afifah Che Bakar yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman denda pada kadar minimum.

“Dia bekerja di pusat cuci kereta dan berpendapatan sebanyak RM60 sehari, mengaku insaf atas perbuatan yang dilakukan malah ini adalah kesalahan pertamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani berkata, video yang dimuat naik oleh tertuduh mengaib dan mencemarkan nama baik PDRM.

“Saya mohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori