Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

AS Negara Ke-23 Sahkan...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani dokumen ratifikasi bagi kemasukan...

Mossy Forest Terpaksa Ditutup...

CAMERON HIGHLANDS - Mossy Forest atau Hutan Berlumut di Gunung Brinchang yang terkenal...

514 Penjawat Awam Sudah...

SHAH ALAM - Seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1...

MB Kedah Singgah Bantu...

ALOR SETAR - Meskipun dalam perjalanan menghadiri majlis penting di Sungai Petani, Menteri...

Malaysia Mainkan Peranan Penting Majukan Keutamaan ASEAN – Setiausaha Agung

LANGKAWI – Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan serantau utama, termasuk memperkukuh kerjasama ekonomi, memupuk kestabilan serantau dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan negara anggota.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn berkata, di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.

Beliau menambah bahawa kesimpulan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) tahun ini bertujuan mempercepatkan transformasi ASEAN menjadi ekonomi digital terkemuka.

“Kami juga menjangka untuk menaik taraf perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan rakan kongsi kami. Terdapat beberapa FTA yang akan kami terus usahakan,” katanya pada sidang akhbar di luar acara Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang berakhir pada Ahad.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kao berharap ia akan terus berfungsi sebagai forum dialog dan kerjasama yang diterajui pemimpin utama.

“Kita perlu mengukuhkan ini untuk memastikan ia (EAS) kekal diterajui ASEAN sebagai pihak yang memimpin,” katanya.


Mengenai rumusan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan, Kao berkata rundingan telah menunjukkan banyak kemajuan.

“Saya percaya kami telah mencapai persetujuan yang jelas. Tahun ini, lebih banyak mesyuarat mengenai COC akan diadakan,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif baharu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan diadakan pada Mei kerana boleh mengukuhkan kerjasama ekonomi.

Permukiman AMM ini menandakan langkah penting dalam menetapkan nada dan agenda Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Ia merupakan perhimpunan peringkat menteri pertama di bawah kepengerusian Malaysia. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori