Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

STPM: Pesanan Mendiang Ayah...

PEKAN - Kehilangan bapa ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mematahkan...

Masih Gerun Setelah 6,000...

KUANTAN - Pandangan matanya tajam ke arah ekor pesawat namun, tumpuannya pada waktu...

Keputusan AAM Gantung MAM...

KUALA LUMPUR - Keputusan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) menggantung Persatuan Permotoran Malaysia (MAM)...

Dari Mana Kerajaan PN...

Dari Facebook Najib RazakPOSTING saya tadi ialah jika kerajaan PN percaya bahawa bantuan...

OKU Mental Tak Berbahaya, Pakar

JELEBU: Kurang kefahaman masyarakat terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) terutama OKU mental antara faktor menyebabkan golongan itu dianggap sebagai ancaman atau beban.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Majlis Kebangsaan OKU, Dr Hasrul Hosshan berkata stigma negatif terhadap golongan itu yang sudah lama berakar umbi menyebabkan golongan itu sering menjadi sasaran pihak lain.

Tingkah laku mereka yang mungkin berbeza sering menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat, walaupun hakikatnya mereka tidak berbahaya.

“Sebahagian besar masyarakat masih kurang memahami bagaimana untuk berinteraksi atau menangani situasi membabitkan OKU mental. Akibatnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab seperti menghukum atau menggunakan kekerasan sering berlaku,” katanya.

Hasrul yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Inklusif Bagi Komuniti dan OKU (CIRCLE) Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata kecacatan mental adalah sesuatu yang tidak kelihatan secara zahir dan ini menyebabkan ramai yang mengambil mudah atau mengabaikan keperluan mereka.


Selain itu tegasnya mereka juga sering menjadi mangsa diskriminasi dan keganasan sebagai contoh, individu OKU mental yang tinggal tanpa sokongan keluarga atau komuniti sering terdedah kepada eksploitasi dan penganiayaan.

“Pihak berkuasa pula perlu memastikan perlindungan hak OKU mental dilaksanakan secara menyeluruh manakala undang-undang sedia ada perlu diperketatkan dan dikuatkuasakan dengan lebih tegas.

Sebagai contoh, hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang terbukti bersalah mencederakan atau menyalahgunakan golongan OKU.

Hasrul berkata dalam usaha mewujudkan masyarakat yang inklusif, sokongan komuniti memainkan peranan penting dan penubuhan pusat sokongan seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu diperluaskan dan diperkasakan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori