Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Letupan Bom: Polis Indonesia...

JAKARTA - Tiga lagi suspek ditahan polis Indonesia berhubung kait kejadian letupan bom...

Qatar Tawar Hotel Percuma...

DOHA - Jika anda berhasrat melakukan transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad...

Video: Kejam! Ibu Pijak...

KECOH menerusi laman sosial apabila tersebar satu rakaman video yang menunjukkan aksi kejam...

Utusan Melayu Akan Lantik...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. (Utusan) akan mengambil langkah perlu bagi...

Op Sky: 6 Lagi Individu Direman

PUTRAJAYA: Enam lagi individu direman lima hari hingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Enam individu itu membabitkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan berusia antara 20 hingga 40-an.

Perintah reman terhadap empat lelaki dan dua wanita itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, keenam-enam suspek ditahan antara jam 3 hingga 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, berhubung Op Sky.

“SPRM menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.


“Pegawai ini dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan supek berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, 19 individu yang sebelum ini ditahan reman sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori