Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Kalau Nak ‘Tackle’ Wany,...

NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Penyanyi...

Ismail Sabri Kekal Pertahan...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan...

Sektor Pertanian Diunjur Pulih...

KUALA LUMPUR - Sektor pertanian dijangka pulih pada 2019 dengan mencatat pertumbuhan 3.1...

Datuk Seri, Datuk Ditahan...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan dua ahli perniagaan bergelar ‘datuk seri’ dan...

Pasangan Suami Isteri Pemilik Hejira Travel Ditahan Polis Johor

JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat agensi umrah Hejira Travel & Tour Holding Sdn Bhd bersama isterinya ditahan polis Johor pada Sabtu lalu berhubung satu lagi kes penipuan yang dilaporkan di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata penahanan pasangan suami isteri berusia 32 tahun itu dilakukan pada Sabtu lalu selepas mereka dibebaskan dengan jaminan polis Selangor selepas tamat tempoh reman di sana.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di Johor. Setakat ini, sembilan laporan polis diterima membabitkan kerugian RM174,080,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel direman tiga hari berkaitan dakwaan kes penipuan pakej umrah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata perintah reman terhadap mereka, termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun itu bermula Khamis hingga Sabtu lalu.


Katanya, sebanyak lapan laporan polis diterima dan jumlah semua mangsa dianggarkan seramai 379 orang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2.1 juta.

M Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk nasihat selanjutnya.

“Polis menasihatkan orang ramai membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum menggunakan mana-mana syarikat pengendali umrah bagi memastikan syarikat berkenaan dilesenkan dan mempunyai rekod pengendalian yang baik,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori