Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Azizulhasni Berjaya Lunas Dendam...

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menebus kekecewaan meraih...

Betul Ke Mahathir Mahu...

AL KISAH... Semua tentu maklum bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memang...

Covid-19: Pekarangan Kaabah Ditutup...

MAKKAH - Arab Saudi mengosongkan pekarangan Kaabah di Masjidil Haram, semalam bagi tujuan...

1 Juta Dos Vaksin...

PUTRAJAYA - Satu juta dos vaksin jenis Pfizer selamat tiba di Lapangan Terbang...

Pemandu Lori Tersepit Satu Jam

Kuala Krai : Pemandu lori terpaksa menahan kesakitan selama hampir sejam selepas tersepit apabila lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sungai Sam, pagi hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.05 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bergegas ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori tiga tan yang terbabas dan menyebabkan pemandu lori tersepit, manakala kelindannya mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada 6.51 pagi dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori