Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Gambar Terbaru: Zamani Dah...

SEKEPING gambar terbaru vokalis kumpulan Slam, Zamani yang kini tersebar di laman sosial mengejutkan...

Kesal Majikan Guna Pekerja...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (Imigresen) kesal dengan kedegilan sebilangan peniaga menggunakan khidmat...

Perhimpunan #TangkapAzamBaki: 6 Jalan...

KUALA LUMPUR – Polis akan melaksanakan penutupan enam jalan utama di ibu negara...

Tan Sri Pengerusi Bank...

PUTRAJAYA - Seorang pengerusi sebuah bank yang bergelar Tan Sri ditahan reman selama...

Polis Buru Individu Terlibat Pindah Milik Tanah Secara Haram

KUALA LUMPUR – “Jangan bersekongkol dengan sindiket, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya ada penglibatan ‘orang dalam’ dalam kes ini.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu amaran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkaitan kemungkinan penglibatan sindiket serta orang dalam berkaitan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di sebuah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Selangor.

Ramli berkata, pihaknya percaya kegiatan ini dilakukan secara bersindiket dan mempunyai rangkaian tertentu.

“Kegiatan seperti ini melibatkan rangkaian yang besar dan bukannya sekadar orang luar, namun saya percaya ia turut sama didalangi orang dalam.

“Saya tidak katakan semua tapi mana-mana sahaja ada individu seperti ini yang merosakkan sesebuah agensi, dan saya beri amaran jangan disebabkan tamakkan wang ringgit, sanggup lakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan sanggup bekerjasama dengan sindiket,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman pada Jumaat.


Katanya, pihaknya sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat termasuk mereka yang bersekongkol memindahkan nama pemilik tanah.

“Proses pertukaran nama ini sangat rumit, ia tidak akan berlaku sewenang-wenangnya, dan mereka ini dipercayai diupah mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod berkaitan pindah milik tanah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan individu lain dalam kegiatan jenayah ini,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegiatan pindah milik tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta terbongkar susulan tangkapan 17 individu sejak sejak September lalu.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori