Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Krismas Dirai Meriah, Perkukuh...

KUALA LUMPUR — Sambutan Hari Krismas diraikan meriah hari ini dengan tradisi kunjung-mengunjung...

Jualan Bon Samurai Bermula

TOKYO - Malaysia kembali ke Jepun untuk mengumpul dana pertamanya dalam pasaran hutang...

Nasi Briyani Seri Perdana...

PUTRAJAYA - 'Nasi Briyani Seri Perdana' mendapat sambutan hangat pada Majlis Rumah Terbuka...

Asia’s Next Top Model:...

DUA peseta Malaysia yang terpilih dalam Asia's Next Top Model 5 (AsNTM5), Alicia...

Presiden Indonesia Prabowo Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

KUALA LUMPUR : Presiden Indonesia, Prabowo Subianto diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara hari ini bersempena lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketibaan Prabowo pada 10 pagi, disambut Seri Paduka Baginda.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta menteri Kabinet.

Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Presiden Indonesia itu kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama RAMD diketuai Mejar Azham Mohamad.

Selepas istiadat rasmi, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Prabowo di Dewan Seri Maharaja dan beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I, disusuli dengan persembahan cenderakenangan.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menjadi tuan rumah Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Indonesia itu dan delegasinya.


Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan lawatan ini adalah lawatan negara pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia, selepas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga lawatan negara pertama oleh Prabowo ke negara Asia Tenggara sejak pelantikannya sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt 2024.

Dalam lawatan ini, beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri untuk saling bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala, di samping membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, di Menara Berkembar Petronas di ibu negara.

Sebagai jiran rapat yang mempunyai hubungan kukuh dan ahli pengasas ASEAN, lawatan negara ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan strategik demi kemakmuran bersama. Hubungan itu merentasi pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya.

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (AS$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (AS$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia pada peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori