Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Bekalan Bahan Makanan Musim...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan bekalan...

Najib Seru Penyelesaian Krisis...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua pihak...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul merujuk Anggota Parlimen Lembah...

Guna Tong Terpakai Isi...

IPOH - Terdapat segelintir pembungkus minyak masak di Perak sanggup menggunakan tong terpakai...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM120,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada Isnin lalu dalam satu serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kolonel Jadsadavit Ingprapan berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,943 pil ekstasi, 1,510 eramin 5 dan serbuk bernilai lebih RM120,000 berjaya dirampas.

“Kami percaya dadah itu untuk dijual kepada penagih di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing suspek turut dihantar ke Hospital Sungai Golok.

“Pada masa ini, pegawai penyiasat juga mengumpul maklumat daripada saksi, bukti, dan keputusan ujian dadah.

“Suspek akan ditahan di Mahkamah Wilayah Narathiwat.

“Polis Sungai Golok akan terus menguatkuasakan undang-undang yang ketat kepada pesalah jenayah dadah tanpa diskriminasi.

“Kami sudah melakukan beberapa tangkapan bagi kes berkaitan dadah setiap bulan terhadap pesalah dadah yang terdiri daripada warga Thailand dan warga asing,” katanya.

Sungai Golok: Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM120,000.


Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada Isnin lalu dalam satu serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kolonel Jadsadavit Ingprapan berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,943 pil ekstasi, 1,510 eramin 5 dan serbuk bernilai lebih RM120,000 berjaya dirampas.

“Kami percaya dadah itu untuk dijual kepada penagih di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing suspek turut dihantar ke Hospital Sungai Golok.

“Pada masa ini, pegawai penyiasat juga mengumpul maklumat daripada saksi, bukti, dan keputusan ujian dadah.

“Suspek akan ditahan di Mahkamah Wilayah Narathiwat.

“Polis Sungai Golok akan terus menguatkuasakan undang-undang yang ketat kepada pesalah jenayah dadah tanpa diskriminasi.

“Kami sudah melakukan beberapa tangkapan bagi kes berkaitan dadah setiap bulan terhadap pesalah dadah yang terdiri daripada warga Thailand dan warga asing,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori