Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Abu Kassim, Personaliti Pencegah...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai...

Misi 11,000KM 132 Warga...

Kuala Lumpur : Belayar sejauh lebih 11,000 kilometer untuk mengharumkan nama negara. Itu...

Muka Macam Belon Akibat...

SEORANG wanita muda yang dilahirkan dengan tahi lalat kanser yang besar kini terpaksa...

Polis Siasat Unsur Sabotaj...

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa laporan berkenaan pencemaran...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki ‘pisau cukur’, seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Jihan , 39, itu juga mendakwa dia diugut lelaki berkenaan, jika tidak memberi wang.

Dia yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ itu mendakwa turut kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya lelaki terbabit.

Menceritakan kisahnya, Jihan yang juga ibu tunggal seorang anak itu mendakwa mengenali lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa di Langkawi, melalui media sosial, sejak 2020.

Katanya, pada mulanya, lelaki itu menunjukkan sifat penyayang dan berjanji untuk berkahwin dengannya, di samping memberitahu dalam proses untuk berpisah dengan isteri walaupun sudah mempunyai seorang anak.

“Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000, serta memasukkan wang ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Jihan, dia juga sering bertemu dengan bekas kekasihnya itu di Langkawi, malah turut membelikan jet ski untuk lelaki itu menjalankan perniagaan di sana.


Katanya, lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran apabila dia tidak memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu menyebabkan individu itu marah.

Wanita itu mendakwa, dia pernah dimaki hamun selain cedera selepas dicekik, ditumbuk dan dihantuk kepala serta diugut oleh lelaki berkenaan.

Katanya, keadaan itu menjadikan dia trauma dan terpaksa menyekat nombor telefon lelaki terbabit bagi mengelakkan dia terus menerima ugutan.

“Namun, disebabkan tidak tahan selain risaukan keselamatan diri, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada Rabu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita terbabit.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori