Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Perubahan Drastik, Orang Hampir...

PELAKON simbol seks, Pamela Anderson mengejutkan peminat Hollywood dengan perubahan drastik pada raut...

Tian Chua, Ambiga, Marina,...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini heboh portal propembangkang membuat cerita kononnya ramai pemimpin...

Agong Ucap Selamat Jalan...

SEPANG - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Kompleks Tabung...

Dulu Jual Negara, Kini...

Petikan FB Datuk Seri Najib Tun RazakSemalam saya tulis mengenai projek Melaka Gateway....

Suami Isteri Disahkan Maut Akibat Lemas

Mersing : Suami isteri yang terbabit kemalangan sebelum kereta dinaiki mereka jatuh parit di KM19 Jalan Mersing Endau di sini, semalam, disahkan maut akibat lemas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, punca kematian itu hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa, Shahrom Tahir, 74, dan Zainab Yusoff, 64.

Katanya, pihaknya sebelum itu menerima maklumat kemalangan pada 12.30 tengah hari, membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki tempatan berumur 48 tahun dan kereta yang dinaiki mangsa.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dari arah Endau menuju ke Mersing telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa dan dipandu lelaki berumur 41 tahun.

“Akibatnya kereta berkenaan jatuh parit dan pasangan suami isteri meninggal dunia akibat lemas, manakala pemandu dan penumpang hadapan kereta berusia 27 tahun cedera serta dirawat di Hospital Mersing,” katanya dalam kenyataan.


Katanya, seorang penumpang wanita MPV berumur 46 tahun turut dirawat di hospital sama kerana patah tangan kiri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Alias Hussin dilaporkan berkata, kemalangan yang berlaku menyebabkan sebuah kereta jatuh dalam parit dan dua mangsa meninggal dunia di lokasi.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori