Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Manifesto Kerajaan Negeri Pulau...

GEORGETOWN : Sebanyak 68 manifesto kerajaan negeri Pulau Pinang mencapai 90 peratus pelaksanaan...

Hasrat Bapa Hidap Kanser...

KUALA LUMPUR - Satu status Facebook viral pada Sabtu lalu menunjukkan salah seorang...

PRK Balakong Tentukan MCA...

BALAKONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong akan menjadi medan penentu sama ada...

Jet Eksekutif Hilang Di...

SANTO DOMINGO, Republik Dominican - Sebuah jet eksekutif dilaporkan hilang selepas berlepas dari...

‘Tiada Arahan Mohon Pengampunan Baharu Oleh Najib’

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak belum menerima sebarang arahan berhubung permohonan pengampunan baharu yang akan difailkan bekas Perdana Menteri itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkembangan itu dimaklumkan peguam kanan mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika ditemui selepas sesi Townhall Rakyat Mencari Kebenaran bertajuk Pengampunan Diraja: Skop dan Halangan di sini, hari ini.

Kronologi pengampunan Najib

23 Ogos 2022: Rayuan Najib berkaitan kes SRC ditolak Mahkamah Persekutuan

1 September 2022: Najib memfailkan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16 melalui Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

18 Oktober 2022: Najib memfailkan adendum tambahan kepada permohonan pengampunan, memasukkan fakta dalam buku Tommy Thomas mengenai polemik pelantikan hakim dibuat tanpa mengikut undang-undang

20 April 2023: Najib memfailkan dokumen tambahan kedua kepada Ketua Pengarah BHEUU

4 Disember 2023: Najib menghatar surat peringatan mengenai permohonan pengampunan kepada Ketua Pengarah BHEUU


8 Disember 2023: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bersidang untuk kali pertama dengan tiada keputusan dimuktamadkan

29 Januari 2024: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bersidang sekali lagi dengan keputusan diumumkan pada 2 Februari 2024

29 Januari 2024: Yang di-Pertuan Agong Ke-16 membuat pengumuman mengenai perintah pertama dalam pengampunan kepada Najib

12 Februari 2024: Najib dimaklumkan mengenai Titah Adendum melalui saluran boleh dipercayai

1 April 2024: Semakan kehakiman mengenai Titah Adendum difailkan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

3 Julai 2024: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman difailkan Najib

6 Januari 2025: Prosiding pendengaran rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Mahkamah Rayuan dekat Putrajaya

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori