Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Inspektor Polis Dituduh Terima...

SANDAKAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

Mahkamah Tolak Rayuan Azeez...

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke...

‘Siasat Semula Kes Kematian...

Johor Bahru : Kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan...

Pejabat KPDNKK Kedah Keluar...

ALOR SETAR - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah...

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

REMBAU : Tiga maut, manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Kilometer (KM) 226.5 (U) Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), di sini, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, dua mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang membawa muatan tanah dan bunga yang dipandu Mohd Esa Daharin, 73, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Seremban.

“Lori yang turut dinaiki dua kelindan warga Bangladesh itu dikatakan dipandu di lorong kiri dan dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lori terbabit kemudian dipercayai melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum terbabas semula ke kiri jalan.

“Pada masa sama, sebuah kereta Honda City dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang datang dari arah belakang di lorong kanan dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar lori itu.

“Seterusnya, kereta jenis BMW yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dan kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki juga dari arah belakang dipercayai turut melanggar lori terbabit,” katanya.


Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori serta kelindan dikenali sebagai Md Usuf Ali, 40, parah pada bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi kelindan berusia 40 tahun parah, manakala penumpang Honda City, Terence Ng Zhi Yang, 21, disahkan meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Rembau.

“Pemandu dan penumpang Honda City serta Toyota Vios mengalami cedera parah. Kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasatan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, K Kaveearassu di talian 01121581473.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori