PUTRAJAYA : Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga ahli Lembaga Pengampunan, Dr Zaliha Mustafa, menegaskan minit mesyuarat itu adalah sulit.
“Minit mesyuarat (Lembaga Pengampunan) adalah perkara sulit. Jadi kita tak boleh buat perkara (dedah butiran kepada umum) itu.
“Itu hanya hak Lembaga Pengampuran,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.
-Berita Harian