TAIPEI – Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Insiden itu berlaku di bahagian medan selera yang masih dalam pembinaan.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak bomba tempatan.
Siasatan bagi mengenal pasti punca letupan masih diteruskan.
-Bernama