REMBAU – Tular video dua ekor tapir didakwa dilihat berkeliaran di sebuah taman perumahan di Taman Mawar Ehsan Pedas di sini.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, kedua-dua haiwan terbabit dilihat seolah-olah mencari jalan pulang.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun katanya, pemantauan serta siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan kejadian tersebut.
“Orang ramai diminta segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya melihat kemunculan hidupan liar itu untuk tindakan segera dan tidak memuat naik video berkaitan haiwan itu di media sosial.
“Jika aduan dibuat kepada Perhilitan, kita akan laksanakan operasi untuk menangkap hidupan liar itu dan mengembalikannya ke habitat asal,” katanya.
-Sinar Harian