KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat perkongsian hantaran menghina Nabi Muhammad SAW oleh pemilik Facebook yang menggunakan nama akuan Ainon Mohd, susulan 13 laporan polis yang diterima di seluruh negara setakat malam tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata l
Beliau berkata, pihak polis juga sudah mengenal pasti identiti pemilik akuan berkenaan iaitu seorang wanita berusia 75 tahun.
“Pada masa ini siasatan sedang dijalankan dan tindakan awal kita adalah memanggil pemilik akaun laman Facebook atas nama Ainon Mohd,
“Polis sudah merakam percakapan pengadu terbabit bagi melengkapkan siasatan awal. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, PDRM juga turut merujuk kes sama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menurunkan paparan dalam akaun FB suspek yang boleh mengelirukan pihak yang membaca paparan berkenaan.
“Sekali lagi saya tegaskan bahawa pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan 3R (Agama, Institusi Beraja dan Perkauman).
“Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak yang dikesan menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.
Pemilik akaun FB atas nama Ainon Mohd, mengundang kemarahan ramai kerana menerbitkan hantaran yang mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan amalan nepotisme dan kronisme.
BHonline-