KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadualkan hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10 pagi Khamis ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata ini berikutan pihaknya akan merekodkan keterangan 23 lagi saksi baharu dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan itu.
Beliau turut memaklumkan bahawa sijil cuti sakit (MC) Ismail Sabri akan berakhir, esok.
-Berita Harian