KOTA KINABALU: Sebuah restoran dan rumah penginapan ranap selepas lantai tingkat satu di sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama, di sini Kinabalu runtuh kira-kira jam 8 malam tadi.
Restoran berada di tingkat bawah ranap akibat timbunan lantai tingkat satu yang runtuh, sekali gus menyebabkan lantai rumah penginapan di tingkat atas berlubang besar.
Difahamkan, seorang wanita berusia lingkungan 50-an cedera parah, manakala seorang lagi cedera ringan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat juga meminta penghuni mengosongkan premis tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
-Berita Harian