TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram Sekam Padi, di sini, semalam.
Rampasan dilakukan Batalion 7 menerusi Op Taring Wawasan selepas pihaknya menahan sebuah treler kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan menemui hampir 38,580 biji kelapa di dalam treler itu dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand melalui pangkalan haram.
“Pemandunya seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa berkenaan ke Thailand, turut ditahan.
-Berita Harian