SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk penamat satu dua McLaren bersama pendahulu kejuaraan, Lando Norris.
George Russell di tempat ketiga untuk Mercedes, diikuti juara bertahan, pemandu Red Bull, Max Verstappen dengan Charles Leclerc dari Ferrari kelima manakala juara perlumbaan pecut semalam, Lewis Hamilton keenam.
Piastri menafikan kemenangan ketiga berturut-turut buat Norris, termasuk perlumbaan penutup musim tahun lalu, tetapi mengekalkan penguasaan McLaren dalam dua perlumbaan pertama musim ini.
“Hujung minggu yang menakjubkan, kereta sangat hebat sekali. Sangat gembira. Tayar keras lebih baik daripada jangkaan semua orang, jadi berjaya menamatkan perlumbaan dengannya adalah satu kejutan, tetapi kejutan menggembirakan,” kata Piastri.
Pada perlumbaan minggu lalu di Melbourne, Piastri meraih tempat kedua selepas keretanya berpusing di akhir perlumbaan.
BHonline-