KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan penyeludupan mercun bernilai lebih RM106 juta sepanjang tempoh 1 Januari hingga 23 Mac lalu melalui operasi bersepadu dilaksanakan empat formasi pasukannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kejayaan itu adalah hasil pemantauan rapi serta operasi berterusan untuk membanteras penyeludupan mercun yang semakin berleluasa sepanjang musim perayaan.
Berdasarkan statistik, beliau berkata, Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) merekodkan nilai rampasan tertinggi, iaitu RM48,522,220 membabitkan lima kes dan enam tangkapan.
“Pasukan Gerakan Am (PGA) pula mencatat jumlah kes tertinggi dengan 32 kes membabitkan 42 tangkapan dan nilai rampasan sebanyak RM31,748,936.
-Berita Harian