Berikut kenyataan pihak SSOC:
SMART SELANGOR OPERATION CENTRE (SSOC)
KEJADIAN KEBAKARAN PIPE LINE GAS DAERAH PETALING
Tarikh : 1 April 2025
Lokasi : Stesen Minyak Petronas Putra Heights
Daerah : Petaling
SSOC menerima laporan tentang kejadian kebakaran pipe line gas Petronas yang melalui kawasan berhampiran stesen minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya.
Menurut Pihak Berkuasa di lokasi, stesen minyak Petronas tidak terbakar.
Akan tetapi hanya salur gas utama yang terbakar dan ia telah ditutup, menunggu gas habis untuk padam sepenuhnya.
Kawasan Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran terbakar, melibatkan beberapa rumah.
Anggaran rumah yang terbakar masih belum dikenalpasti.
Terdapat juga mangsa yang terperangkap di dalam rumah. Usaha menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan.
Mangsa yang telah di selamatkan telah di bawa ke PPS DEWAN SERBAGUNA MASJID PUTRA HEIGHTS.
Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu ambulan untuk mendapatkan rawatan. Buat masa ini, pihak masjid sedang membantu mangsa.
SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku.
SSOC juga akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
-MYNEWSHUB