BERITA baik buat peminat tegar jenama ‘bonjuis‘ Apple, orang ramai kini boleh mendapatkan jam pintar Apple Watch Series 2 pada hari ini.
Pihak Apple melalui laman web rasmi mereka mengatakan jam pintar berkenaan akan ditawarkan di Malaysia pada Jumaat, penghulu segala hari iaitu 21 Oktober.
Menyebut tentang produk Apple yang pastinya hadir dengan harga premium, Harga buat Apple Watch Series 2 akan mula dijual dengan harga RM1,649 sehingga RM5,949.
Kesemuanya mempunyai fungsi yang sama dengan siri pertama cuma material Apple Watch yang membezakan harganya.
Apple Watch Series 2 hadir dengan cip pemprosesan yang lebih pantas, selain turut menyertakan ia dengan sokongan kalis air sehingga 50 meter. Apple turut menyertakan sokongan GPS pada jam tangan pintar baru ini.
Seperti sistem operasinya, Apple Watch Series 2 turut memfokuskan kepada atlet dimana smartwatch terbaru daripada Apple ini sangat sesuai untuk perenang.
Tidak cukup digunakan untuk bersukan, Apple Watch Series 2 ini turut dikatakan mempunyai aplikasi khas untuk memudahkan anda bermain Pokemon Go. – MYNEWSHUB.CC