PELANCARAN koleksi hijab Be Lofa dibawah jenama Naelofar Hijab yang diadakan dekat sebuah kelab terkenal di ibu kota pada malam tadi kini mendapat reaksi negatif daripada masyarakat
Namun, pemilik Nelofar Hijab iaitu Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor, 29, berkata dia tidak lagi mahu mempedulikan apa sahaja kritikan mahupun tohmahan daripada netizen sebaliknya mempunyai sebab tertentu tentang pemilihan lokasi.
Pelancaran kolesi hijab itu pada malam tadi sekali gus turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-29.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema,” katanya dipetik daripada BH Online.
Dalam masa yang sama, pelakon dan pengacara itu turut memberitahu bahawa kecaman yang dilemparkan oleh netizen tidak akan habis sampai bila-bila.
Oleh itu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29 ada tahun ini, dia memilih untuk tidak lagi peduli pandangan masyarakat tentangnya.
Majlis pelancaran itu telah diadakan di sebuah kelab malam terkenal dekat Jalan Tun Razak iaitu Zouk Kuala Lumpur.
Disebabkan pemilihan lokasi yang dikatakan ‘tidak sesuai’ itu, Neelofa telah menerima bermacam-macam kecaman di ruangan komen akaun Instagram dan Twitter miliknya sejak malam tadi.
Pada majlis itu, rata-rata tetamu yang hadir ialah kaum keluarga pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri, teman rapat dan rakan media.
Selain itu, penyanyi Sona One turut memeriahkan lagi majlis dengan persembahan yang memukau dan beberapa rakan artis yang rapat turut kelihatan pada malam tadi. – MYNEWSHUB.CC/AH