Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Perdagangan Malaysia-Jepun Cecah RM137.45...

TOKYO - Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun mencecah RM137.45 bilion (AS$42 bilion)...

Lara Oh Lara Program...

ANAK pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana mencipta sejarah...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional...

Letak Babi Depan Pintu...

RASAKAN… Seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah masjid di Amerika Syarikat...

Ani Mayuni Nafi Rumah Tangga Musnah.

 
KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ani Mayuni, 37, menganggap insiden pergaduhan dengan suaminya, Zairi Azmi, 41, yang berlaku empat tahun lalu memberi hikmah sekali gus menolak dakwaan rumah tangga mereka sudah bernoktah.

Ani Mayuni atau nama sebenarnya, Aishah An Nur Osman berkata, kejadian hitam itu membuka ruang kepada beliau dan suami memperbaiki diri sekali gus membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain.

“Ramai yang keliru dengan status saya kerana sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suaminya. Ia terpaksa dibuat namun saya mengakui pergaduhan itu berpunca dari mulut saya sendiri.

“Sebagai isteri, saya seharusnya bertolak ansur antara satu sama lain dan bukan mencari punca untuk meledakkan lagi api kemarahan. Alhamdulillah insiden yang berlaku mengeratkan hubungan kami suami isteri sekali gus merapatkan kami.

“Tidak dinafikan kejadian yang berlaku memberi impak buruk kepada suami. Apa yang pasti saya lebih bahagia berada samping keluarga bahagia.


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya kepada BH Online.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Sementara itu, Ani yang turut dilantik menjadi setiausaha Persatuan Bintang Dangdut Malaysia berharap penubuhan itu dapat membela nasib penggiat seni yang memperjuangkan muzik dangdut tempatan.

Selain itu, ia turut memartabatkan genre dangdut yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

-Sumber BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori