Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Rizab Asing BNM Jatuh...

PARAH... Ekonomi Malaysia ternyata berada dalam situasi buruk selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah...

Najib Buat Lawatan Mengejut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan...

Orang Asli Harap Rumah...

JELEBU – Kepekaan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di...

Video: Polis Edar Rakaman...

POLIS telah mengedarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan...

Asfan Shah Mengaku Insiden Ditumbuk Adik Ipar Di KLIA

PENYANYI yang lagu-lagunya popular kerana sering digunakan dalam produksi drama tempatan, Asfan Shah mengakui insiden dia ditumbuk adik iparnya yang juga merupakan seorang pelakon, Bil Azali ketika sedang menunggu isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Memetik kenyataan pelantun lagu Terhenti Di Sini ini, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut selain masih lagi berfikir untuk membuat laporan polis.

Adik ipar Asfan, Bil Azali yang didakwa menyerang Asfan di KLIA, baru-baru ini.

“Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan.

“Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana. Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu,” katanya memetik mStar.


Bil, pelakon yang membintangi drama Cinta Jangan Pergi dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati terhadap Asfan yang didakwa tiadk menjaga hati isterinya dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Asfan – Terhenti Di Sini (OST Nora Elena)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori