Sunday, December 29, 2024

Creating liberating content

Tuntutan Palsu RM500,000: ADUN...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bergelar Datuk direman tiga hari bermula Isnin...

Suspek Liwat Pelajar Tahfiz...

KUANTAN - Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai meliwat enam pelajar di sebuah...

Pengidap Kanser Tahap 4...

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal yang menderita kanser paru-paru tahap empat, yang...

Ekonomi: Komen Johari Ghani...

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Kadir Jasin, seorang Tokoh Wartawan Negara...

Ayda Jebat Rimas Sering Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

PELAKON jelita Ayda Jebat yang melakonkan watak utama dalam drama M.A.I.D  mengakui telah bosan dan muak kerana tidak habis-habis dikaitkan dengan hero drama Zul Ariffin dan berharap agar perkara itu tidak berlaku lagi selepas ini.

“Sudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia kerana antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun sekarang dia pun sudah ada kekasih.

“Kami rapat sebab sama-sama berlakon dalam drama Rindu Awak 200%, takat tu sahaja hubungan kami. Tidak ada hubungan yang lebih daripada rakan artis.

Zul Ariffin bersama Ayda Jebat
Zul Ariffin bersama Ayda Jebat

“Ya memang betul saya rapat dengan Zul sebab kami banyak buat projek lakonan sama-sama. Jumpa pun hanya di set penggambaran sahaja. Rimas dan penat juga bila memikirkan kena menjawab hal sama berulang kali,” jelas Ayda kepada sebuah akhbar tempatan.

Ramai peminat mereka yang tidak boleh move on dari drama itu, kerana mereka begitu serasi bersama, tetapi janganlah ketaksuban itu mengganggu kehidupan mereka sebagai selebriti ye dak? -MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vK0xa31xaEI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori