Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Diabai Ibu Sendiri, Dua...

BOGOTA - Seorang wanita merantai dua anak perempuannya yang sudah dewasa di bilik...

28 Individu Termasuk GRO...

Penampang : Seramai 28 individu tanpa dokumen pengenalan diri ditahan dalam serbuan di...

Kedutaan Myanmar Takut Demo...

KUALA LUMPUR - Hasrat sekumpulan ratusan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum...

3 Suspek Pembakaran Hutan...

JAKARTA - Tiga individu dipercayai dalang di sebalik kebakaran hutan di daerah Pelalawan,...

Erra Fazira, Teman Istimewa Masih Dalam Proses Mengenali

ENGGAN dirinya dikaitkan dengan mana-mana lelaki, Erra Fazira akhirnya membuka mulut mengakui dirinya sudah mempunyai teman istimewa.

Walaupun terbuka mengakui sudah berpunya, namun Erra masih enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang bertakhta di hatinya.

Memetik Harian Metro, Erra mengatakan, “Ya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang. Siapakah dia, biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana mahu hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu”.

“Ini kerana kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya biarlah keadaan dan masa yang akan menentukan,” katanya.


Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim dan Engku Emran Engku Zainal Abidin namun kedua-dua perkahwinannya tidak bertahan lama.

Hasil perkahwinan dengan Engku Emran, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia enam tahun.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori