Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

PRN Johor: MUDA Hanya...

SEGAMAT: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan pendirian tidak akan bertanding dikerusi yang...

Erdogan Umum Pilihan Raya...

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan...

Institusi Kehakiman Syariah Perlu...

PUTRAJAYA - Institusi kehakiman Syariah khususnya di Malaysia disaran terus proaktif dalam meneroka...

Projek Tebatan Banjir KL...

Tarikh siapnya projek tebatan banjir di Kuala Lumpur yang dijangka siap tahun ini...

Megat Panji Alam Bangkit Menuntut Bela Kebenaran!

ANTARA Bukit Besar dan Ladang di Timur dan Barat serta Gong Kapas dan Pasar Gharib di Utara dan Selatan  wujud Jalan Megat Panji Alam. Orang lebih ingat Bukit Besar  sebagai papan tanda Hollywood untuk Terengganu. Atau Pejabat Pos Gong Gapas di tepi jalan. Orang lebih ingat memori lama Pasar Gharib di bahu jalan serta Penyu PATA di Bulatan Ladang.

Terengganu antara negeri yang hebat! Banyak nama ulama masyhur dan pahlawan silam jadi sebutan. Malah, pada era nasionalisme Melayu, anak Terangganu antara yang awal bangkit menentang kejahatan British.

Nama Megat Panji Alam kini hidup hanya sebagai nama sebatang jalan. Walaupun jalan ini mengabadikan nama pahlawan sohor Terengganu  ia tak punya mercu tanda.

Megat Panji Alam Bangkit Menuntut Bela Kebenaran!
LUKISAN MEGAT PANJI ALAM, HANG TUAH DAN TUN TEJA.

Kalau berdasarkan nama – orang lebih ingat rumah Abdul Rahman Limbong (1868-1929). Ulama yang memimpin Revolusi Pisang pada awal abad ke 20. Abdul Rahman seorang ulama memimpin gerakan petani apabila British mengenakan cukai pisang. Abdul Rahman ditangkap British pada tahun 1928 lalu dibuang ke Singapura dan kemudian ke Mekah. Ulama ini wafat pada 1929.

Kini rumah Abdul Rahman di Telemong dijadikan Galeri Sejarah.

Selain Abdul Rahman – orang lebih ingat Kampung Pulau Rusa di Manir. Di sini lahirnya ulama hebat Tok Ku Paloh. Tapak suraunya masih ada. Antara subur pokok duku dan hutan renet yang berjajar di pinggir sungai Terengganu.

Tok Ku Paloh hidup selama satu abad (1817-1917). Tinggi karamah dan dimuliakan Sultan. Apa tidaknya, untuk mendapatkan ilmu agama Sultan Zainal Abidin III naik bertandu dari Istana ke rumah Tok Ku Paloh untuk menadah kitab. Tok Ku Paloh tidak menyembah Tuanku dalam soal ilmu. Indah sungguh sejarah ini: Menepati tertib dan adab ilmu. Bahawa murid yang harus mencari guru.

BACA: Epik Klasik Kisah Cinta 500 Tahun Lalu: Akan Tiba!

Namun, ada sisi lain yang sweet tentang Pulau Rusa. Kalau nak melintas kampung ini – lintaslah waktu pagi. Anda akan sempat nampak anak-anak dara mencetak batik di beranda. Atau melintas waktu petang, ketika anak dara mengutip batik jemuran di ampaian.

Kenapa? Anak dara Pulau Rusa paling cantik rupa parasnya.

Selain nama Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh  banyak lagi sejarah hebat yang mengangkat nama-nama anak kelahiran Terengganu dikenang sebagai Lagenda Nasional. Malah Tok Ku Paloh dan Tok Ku Pulau Manis disenaraikan sebagai ulama terbilang Alam Melayu.

Cuma nama Megat Panji Alam sunyi sikit. Dia hidup era Hang Tuah sekitar abad ke 15. Selain nama jalan yang kini tersepit dalam pesatnya pembangunan Kuala Terangganu, kedudukan Megat Panji Alam dalam hiererki tokoh negeri agak terpinggir. Senasib dengan Megat Terawis di Perak dan Megat Seri Rama di Johor Lama, nama yang kini menyepi dalam sejarah Kota Tinggi.

Namun, walaupun yang tinggal hanya nama pada sebatang jalan tidak lama lagi Megat Panji Alam bakal menjadi pemacu identiti Terengganu. Setelah 500 tahun sejarahnya disepikan Megat Panji Alam akan bangkit menyatakan hak dirinya, serta menebus maruah yang tercalar.


500 tahun Megat Panji Alam digambarkan sebagai lelaki yang kehilangan tunang dilarikan Hang Tuah dari Pekan, Pahang. Dek pukau sireh sepiak berjampi pengasih  Teja lari sehelai sepinggang menyusur Sungai Pahang sampai ke Muar. Cuma tragiknya, setelah sampai ke Melaka Teja dipersembahkan kepada Sultan Mahmud sebagai hadiah.

Sama sedih dengan sejarahnya, makam Teja pun kini turut sepi di pinggir sawah di Merlimau, Melaka. Kalau berteleku di tapak kubur lama ini; memandang batas sawah luka Teja pasti terasa.

Apa pun bekas tunangan Teja Megat Panji Alam akan bangkit menyatakan kebenaran sejarah. Dunia Melayu tidak lagi boleh diabui kisah dalam teks Hikayat Hang Tuah yang ceritanya pasti prejudis terhadap Megat Panji Alam.

Benarkah Megat Panji Alam menunggang gajah Kertas Raja bersama 4 ribu pahlawan untuk menyerang Melaka?

Benarkah ketika singgah di Inderapura, Megat Panji Alam diserang Kasturi dan mati dibunuh di Balai Rong Seri?

Tunggu! Wira ini akan bangkit untuk menyatakan kebenaran serta membersihkan nama baiknya dalam sejarah.

Anda akan bertemu Megat Panji Alam tidak lama lagi! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori