Thursday, January 2, 2025

Creating liberating content

PR Tuntut Harga RON95...

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengapungan terkawal harga runcit bahan bakar RON 95 dan...

Suhakam Siasat Kehilangan Pastor...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu menyiasat sendiri kes-kes...

Kebakaran Tangki Peluwap Di...

KUALA TERENGGANU - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengesahkan sebuah tangki peluwap di loji...

Aktivis Antikerajaan Konon Diculik...

PERMAINAN apakah ini? Ketika netizen propembangkang ghairah menularkan cerita sensasi kononnya ada aktivis...

Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha Sudah Keluar Hospital

AKTOR popular era 1980-an, Mohd. Azmil Mustapha yang sebelum ini dilaporkan tenat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya kerana masalah jantung telah dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis.

Bagaimanapun, bintang yang popular menerusi filem Ali Setan ini masih berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan rapi.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik bongsunya, Mohd. Aziph Mustapha menerusi laman Facebook.

“Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

“Ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor telah disiapkan,” kata Mohd Aziph, 48, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.

Tambahnya, abangnya itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam status tersebut, Mohd. Aziph turut memuat naikkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Mohd. Azmil berkerusi roda diiringi anggota keluarga ketika meninggalkan Hospital Putrajaya.

12401010_1275135465834965_3415982424496373771_n


12417825_1275135392501639_4536609111180367695_n

12523187_1275135359168309_8566202632908308197_n

Terdahulu, Mohd. Azmil dilaporkan terpaksa menggunakan alat ventilator dan diletakkan dalam keadaan ‘tidur’ di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya, Khamis lalu selepas mengadu sesak nafas dan doktor mendapati jantungnya berada dalam keadaan lemah.

Selain filem Ali Setan, Mohd. Azmil, 63,  juga pernah membintangi filem lain antaranya adalah Mekanik, Suara Kekasih dan Driving School. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori