PENYANYI yang popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana disahkan mengalami keguguran anak kedua.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi laman Instagram, malam tadi.
“Selamat jalan anak syurga… Tunggu bonda di sana,” tulisnya yang disertakan dengan gambar surah Al-Fatihah.
Difahamkan, Elyana kehilangan bayi yang dikandungnya itu ketika memasuki minggu ke tujuh.
Sementara itu, dia turut mengesahkan berita sedih ini kepada Media Hiburan Online.
“Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,” ujar Elyana.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.
Takziah diucapkan dan semoga Elyana sekeluarga tabah mengharungi ujian ini. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ReWgWnSygHk]