KASIHAN sungguh nasib yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis ekoran kontroversi yang terpalit akibat salah faham antara bapanya Azizi Aziz dengan suami kepada pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly, iaitu Jinggo.
Sebelum ini Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya telah memuatnaik di akaun Facebook peribadinya screenshot perbualan Whatsapp melibatkan bapa Balqis yang telah merujuk JS Pictures miliknya sebagai produksi ‘bodoh’.
Ekoran itu, ibu Puteri Balqis tampil menjawab tuduhan pengarah terkenal tersebut.
Tegas Norashikin Mohd Aziz, dia kecewa dengan dakwaan pengarah tersebut yang cuba menjatuhkan reputasi anaknya sebagai pelakon selain mendedahkan syarikat JS Picture tidak profesional kerana membatalkan kontrak pada saat-saat akhir.
Susulan persengketaan yang tercetus ini, ia dikatakan telah mengganggu emosi dan perasaan Puteri Balqis hingga tertekan dan menangis.
Perkata tersebut didedahkan ibu bapa Puteri Balqis yang menyifatkan anaknya seorang yang suka berahsia dan memendam rasa.
Lebih menyedihkan, Puteri Balqis dikatakan diejek orang sekeliling hingga dia enggan keluar rumah gara-gara terlalu malu.
Kasihan.. ternyata tempias kontroversi yang menimpa dunia artis tak mengenal usia.
Semoga pelakon cilik yang semakin bersinar ini terus tabah menghadapi cabaran dan rintangan sebagai anak seni. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO PUTERI BALQIS