• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Sarah Akui Tidak Selesa Berlakon Dengan Bukan Mahram

oleh AK-47
09/06/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERSENYUM kami melihat perubahan hidup pelakon Puteri Sarah yang mengakui dirinya lebih tenang dan bahagia sejak berumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagi yang tertanya-tanya tentang penglibatan seninya kini, Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah akui memilih untuk mengurangkan dunia lakonannya kerana sibuk dengan bisnes yang diceburi selain, menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Sarah berkata, perubahan imejnya kini turut membuatkan dirinya tidak selesa untuk berlakon dengan lelaki bukan mahram.

“Memang Sarah kurangkan aktiviti berlakon sebab terikat dengan karier baru Sarah iaitu bisnes.

“Tambahan pula penampilan Sarah sekarang yang sudah bertudung jadi Sarah sendiri tidak selesa untuk berlakon dengan bukan mahram.

“Di samping itu, berlakon juga memerlukan masa yang lebih dan jadualnya pula tidak tentu masa,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan hidupnya, Sarah mengakui masih dalam proses mendalami ilmu agama bersama suaminya.

“Alhamdulillah, Sarah ditemukan dengan jodoh yang mampu membimbing ke jalan Allah.

“Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripadanya membuatkan Sarah lebih kuat untuk terus istiqamah dalam penghijrahan untuk menjadi seorang Muslimah sejati,” ujarnya.

Sarah kini sibuk menguruskan jenama pakaian Muslimahnya sendiri iaitu SHARA by Puteri Sarah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Tags: artis berhijrahPuteri Sarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

18/04/2023
0

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd