Tuesday, November 19, 2024

Creating liberating content

PAU 2017: Kafe Rakyat...

PERSIAPAN menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 berjalan lancar dengan pihak ibu pejabat parti...

AHB: PM Mahu Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan bumiputera...

Kes Saman Rahman Dahlan...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk...

MCA Belum Tahu Dapat...

JOHOR BAHRU: Perbincangan pembahagian kerusi yang akan ditandingi MCA dalam Pilihan Raya Negeri...

Shaheizy Sam Harap Syatilla Berhenti Berlakon Lepas Kahwin

SHAHEIZY Sam yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Syatilla Melvin mengatakan bahawa dia seboleh-bolehnya tidak mahu Syatilla meneruskan kerjanya selepas berkahwin kerana dan dia mahu menjadi suami yang bertanggungjawab dalam menguruskan keluarganya.

“Saya tidak ada masalah untuk dia terus berlakon, tapi saya sebenarnya tak mahu dia penat bekerja. Kalau boleh saya tak nak orang sekeliling saya bekerja dan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung keluarga.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin

“Tapi saya faham, seseorang pelakon itu bila dia berhenti berlakon, dia akan rasa ketagih untuk mahu berlakon semula. Jadi, saya tidak akan menghalang, cuma saya tidak galakkan. Saya sendiri sudah menjadi pelakon selama 22 tahun, jadi saya tahu kerja seorang pelakon ini bagaimana.

BACA:  Shaheizy Sam Pilih Syatilla Melvin Sebagai Suri Hidup

BACA JUGA: Fazura Tumpang Gembira, Doakan Kebahagiaan Shaheizy Sam, Syatilla


“Jadual penggambaran memang tak menentu. Saya sendiri susah nak berjumpa dengan keluarga saya, jadi kalau dia pun berlakon, bila masa kami boleh berjumpa. Walau bagaimanapun, jika dia teringin sangat nak berlakon, saya tidak ada masalah,” jelas pelakon ini kepada sebuah portal hiburan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori