SEBUT saja JS Pictures pasti ramai sudah mengetahui siapa pemilik produksi terbabit iaitu Hajjah Sheila Rusly dan suami Jinggo sudah tidak asing lagi dalam menerbitkan drama atau program bagi industri seni tanah air.
Biarpun sudah menempa nama sebagai pelakon dalam industri seni tanah air, Sheila Rusly, 45; tetap mencuri tumpuan para peminatnya apabila muncul dalam program berbentuk masakan yang dihoskan oleh beliau sendiri.
Sheila yang terkenal melalui program masakan ‘Ketuk-ketuk Ramadhan’ dan sering ke udara pada Ramadhan setiap tahun sekali gus telah menjadikan dia sebagai chef selebriti yang digemari ramai.
Bukan sahaja mempunyai rancangan masakan sendiri, beliau juga pernah menerbitkan buku masakan berjudul Ketuk-ketuk Sheila Rusly.
Rancangan masakan yang diterbitkan oleh produksi miliknya itu menggunakan tagline Ketuk-ketuk Ramadhan ternyata telah sebati dengan peminat beliau.
“Nampak sahaja kelibat saya di karpet merah, mereka terus memekik nama saya sambil menyebut Ketuk-Ketuk Ramadhan.
“Agaknya diaorang (peminat) memang suka tengok saya ni memasak atau mengacarakan program memasak agaknya,†ujarnya kepada sebuah portal gosip tempatan.
Jelas Sheila kepada portal itu lagi, fanpage beliau yang dibuka sekadar suka-suka untuk kongsi resepi dan video masakan, ternyata terkejut dengan sambutan hangat dari kalangan netizen sehingga mencecah 1, 925,3000 likes.
Katanya: “Saya buka fanpage itu sekadar suka-suka untuk berkongsi resepi memasak atau video masakan.  Tapi, tak sangka pula ramai yang suka hingga ia mencecah 1, 925,3000 likes.â€Â – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Btle9wdohpE]