PENYANYI veteran terkenal Uji Rashid telah dikurniakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Asean Outstanding Business Award 2015 yang diadakan baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi entri Facebook EMI Music Malaysia yang turut menceritakan perjalanan kehidupan Uji Rashid sejak menceburkan diri dalam bidang muzik dan nyanyian sejak dari awal tahun 60-an.
Bakat Uji Rashid dikesan oleh tokoh saksofon negara, Datuk Ahmad Nawab yang memberikannya peluang merakamkan sebanyak empat buah lagu namun lagu-lagu itu tidak pernah diterbitkan walaupun ianya sudah dirakamkan.
Nasib ibu kepada aktor Cico Harahap ini kemudiannya mula bertukar arah ke arah bidang lakonan apabila dia diberi peluang untuk berlakon dalam filem Jamil Sulong yang secara kebetulan mengajaknya untuk membintangi filem terbaru arahannya, Permintaan Terakhir pada 1975 bersama-sama pelakon seperti Nozie Nani, Datuk Sani Abdullah dan Datuk Yusof Haslam.
Nah anda baca sendiri perjalanan hidup seni Uji Rashid yang menarik untuk dikongsikan bersama..
Tertanya-tanya juga di mana kelibat Kak Uji sekarang ya..
Time-time nak raya macam ni, pastinya lagu raya evergreen nyanyian beliau dengan Hail Amir, Seloka Hari Raya akan mula berkemundang sesuai dengan mood raya yang terkandung dalam lagu tersebut.- MYNEWSHUB.CC
UJI RASHID & HAIL AMIR – Seloka Hari Raya
https://www.youtube.com/watch?v=IZZkCaa-_q4