Aishwarya Rai Kembali Berlakon Selepas 5 Tahun Menyepi

 

MUMBAI – Selepas lima tahun ‘menyepi’ daripada dunia lakonan di India secara sepenuh masa, bintang wanita terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, kembali semula ke layar perak, lapor media tempatan di sini pada Khamis.

Aktres jelita berusia 41 tahun itu kali terakhir berlakon pada 2010 menerusi filem romantik ‘Guzaarish‘ menjadi jururawat dan sebagai heroin kepada aktor kacak Hrithik Roshan beraksi sebagai bekas ahli silap mata yang lumpuh badan.

Kali ini Miss World Pageant pada 1994 itu kembali untuk menjayakan sebuah filem seram, ‘Jazbaa‘ yang diadaptasikan daripada filem seram popular Korea Selatan, ‘Seven Days‘  bersama pelakon lain seperti Irrfan Khan, Shabana Azmi dan Anupam Kher.

Pengarah filem Hindi tersebut, Sanjay Gupta memuat naikkan gambar Aishwarya Rai, ke laman sosial Twitternya semasa penggambaran filem tersebut sambil menulis: “Aishwarya kini kembali dan sedang menjalani penggambaran Jazbaa“.

Idea Jazbaa banyak mengambil adaptasi daripada filem seram lama popular Korea Selatan, Seven Days. – Gambar hiasan

BACA : Wajah Bintang Bollywood Sebelum & Selepas Glamor


‘Jazbaa’ menampilkan watak utama Aishwarya Rai sebagai peguam mengendalikan kes misteri melibatkan seorang anggota polis digantung kerja lakonan Irrfan Khan dan ia juga bakal ditayangkan pada festival filem berprestij Cannes di Perancis.

Aishwarya Rai yang berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan sejak 2007; kemudian dilaporkan lebih menumpukan kepada urusan keluarganya setelah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaradhya Bachchan pada 2011.

Biarpun sibuk dengan hal keluarga, beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara wanita tercantik di dunia oleh banyak majalah ternama Barat seperti Maxim, People dan Harper’s, malah turut diiktiraf aktif dalam pelbagai organisasi antarabangsa.

Antaranya duta muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menerima pingat kebesaran kedua tertinggi Perancis pada 2012 selain model produk jenama ikon seperti Lux, Coca-Cola, Pepsi, L’Oreal, Casio, Palmolive, Philips, Titan dan Fuji Film.  – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...