Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

4 Ditahan Bantu Siasatan...

GEORGE TOWN - Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

LAP Badan Negeri Pertama...

IPOH - Lembaga Air Perak (LAP) menjadi badan berkanun negeri pertama di negara...

Salahuddin Gesa Peruntuk Subsidi...

PETALING JAYA : Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kerajaan memperuntukkan subsidi tunai kepada...

“Tendang Sebab Rasa Terancam”...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Balkisyh Semundur Khan mendakwa bertindak menendang bekas suami, Mohd...

Ayai Ilusi Curiga Guna Wang Menang Gegar Vaganza Untuk Haji

JUARA program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza terbitan Astro, Ayai (Ilusi) yang memenangi wang tunai RM100,000 mengakui pada mulanya curiga untuk menggunakan wang itu bagi menunaikan fardhu haji bersama isterinya.

Laporan Mstar Online menyebut, Ayai atau nama sebenar Zaharuddin Kamaruddin, 53, kemudiannya bertemu ilmuan Islam untuk meminta kepastian berkenaan status wang itu sama ada ia boleh digunakan atau tidak.

“Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agamanya terlebih dahulu.

“Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan,” katanya ketika ditemui sempena sidang media dan taklimat program Kilauan Emas musim ke-5 di ibu negara, pada Khamis.


Ayai dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan trofi, usai peringkat akhir Gegar Vaganza berlangsung pada 4 Januari lepas di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. – MYNEWSHUB.CC

Persembahan Ayai (Ilusi) Konsert Gegar Vaganza Minggu 1

http://youtu.be/PGb_SWPkjt8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori