Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Semakan Perintah Long Tiger...

Muar : Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh bagi keputusan...

Lima Duta Baharu Kunjungi...

PUTRAJAYA - Lima duta baharu melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri...

Perlu Ada Semak Dan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan membuat satu garis panduan yang jelas atau semak...

Lelaki Bangladesh Mengaku Salah...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki rakyat Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Rita Rudaini – ‘Itu Anak Dia, Bukan Anak Tiri’

RASANYA semua sudah sedia maklum mengenai tuntutan muta’ah berjumlah RM300,000 yang telah difailkan oleh pelakon jelita, Rita Rudaini baru-baru ini.

Bagi segelintir pihak, ia mungkin dianggap tidak munasabah kerana terlalu besar jumlahnya.

(BACA: Rita Rudaini Failkan Tuntutan Mutaah RM300,000 Terhadap Aidil)

Namun, Rita punya alasan yang tersendiri berkaitan tuntutannya itu.

Menerusi portal Rotikaya, pelakon itu berkata, dia sudah pun menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri selain membesarkan anak-anak hasil perkahwinannya dengan Aidil dengan sebaik-baiknya.

Ujarnya lagi, mahkamah tidak pernah mengatakan dia nusyuz, apatah lagi bersalah dalam hal perceraian sebelum ini.

“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Rezeki anak-anak murah, kalau orang kata saya mewahkan anak-anak itu bukan kerana itu adalah rezeki buat anak-anak. Saya dapat duit dan saya bagi kepada mereka (anak-anak). Baju dia (Aidil) bertukar, baju anak-anak macam itu sahaja. Kalau pergi beli baju itu tak pernah terfikir ke anak-anak?”


“Itu anak dia bukan anak tiri, tempat tinggal anak, rumah sewa pun dia tak bagi, dan disebabkan perkara itulah saya ‘fight’. Sebab dia tinggal di tempat yang mewah-mewah, rumah besar, anak-anak terbiar. Saya buat semua benda ini kerana anak, kalau saya tidak ada anak dengan dia seperti perkahwinan saya yang dulu saya tidak kisah dan tak pernah menuntut apa-apa dan buat hal masing-masing, tetapi kali ini berbeza kerana saya mempunyai 2 orang anak bersamanya (Aidil). Apa gunanya ‘bin’ dia (Aidil)?,” jelasnya.

Memang kami bersetuju 100 peratus dengan apa yang dikatakan oleh Rita itu.

Adakah Aidil mahu menunggu sampai anak-anaknya sudah tidak kenal dan menghormatinya sebagai bapa mereka?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

1 komen

  1. Biar kanjeww.. Biar sampai anak2 dye tuu hlg rase hormat kat aidil tuu kesian kak rita saya pompuan saya dpt rase mcm mana akak rase…. Saye rase sengaje jee aidil ckp tak mampu dye nak simpan duit yg banyak2 tuu kat isteri kesayangan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori