Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Setahun Emma Menabung Beli...

KUALA LUMPUR - Pelakon Emma Maembong sanggup bekerja keras mengumpul wang untuk menghadiahkan...

Tambah Kumpulan Baharu Pemberian...

SHAH ALAM - Beberapa kumpulan baharu penerima akan ditambah untuk pemberian vaksin Covid-19...

Jenama Mak Cun Dipilih...

ROM - Aura jenama Mak Cun yang dimiliki pelakon dan pengarah, Erma Fatima...

Datuk Seri Vida Mahu...

MUNGKIN belum puas muncul di kaca televisyen sebagai tetamu istimewa dalam pelbagai program...

Sony Pictures ‘U-Turn’ Tayang The Interview Mulai Esok

LOS ANGELES – Selepas teruk dikritik dunia hiburan Hollywood termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri, akhirnya pengeluar filem terbesar dunia Sony Pictures mengesahkan akan menyiarkan filem kontroversi The Interview mulai esok.

Keputusan dramatik ‘U-turn’ itu diumumkan ketua eksekutif Sony Pictures, Michael Lynton hanya enam hari sahaja selepas mulanya syarikat perfileman tersebut membatalkan tayangan filem itu di semua pawagam AS sempena perayaan Krismas bermula Khamis.

“Kami tidak pernah mengaku kalah dan berasa teruja menayangkan The Interview di AS dan ke seluruh dunia pula walaupun diancam penggodam siber antarabangsa,” katanya merujuk siri serangan maya ke atas laman web rasmi Sony Pictures sejak awal bulan ini.

Minggu lalu syarikat tersebut mengumumkan pembatalan The Interview ekoran digodam teruk kumpulan dipercayai pro-Korea Utara yang membantah filem genre politik komedi itu kerana memaparkan plot pemimpin Pyonyang tersebut, Kim Jong-un mati dibunuh.


Obama yang kesal dengan kes serangan siber itu bagaimanapun membidas Sony Pictures kerana tunduk dengan tekanan pihak luar walaupun kes itu lebih bersifat jenayah maya berbanding motif politik malah memberi kemenangan propaganda kepada Korea Utara.

Pyonyang namun menafikan ejen perisik mereka bertanggungjawab menggodam Sony Pictures sebaliknya memuji sikap patriotik penggodam itu selain menghantar nota diplomatik kepada Jabatan Negara AS bagi membantah kandungan filem satira tersebut.

Washington yang berikrar akan bertindak balas dipercayai meminta bantuan China bagi menekan Korea Utara sekali gus menyaksikan rangkaian Internet di negara komunis itu secara kebetulan lumpuh secara misteri selama dua hari berturut-turut sejak Isnin lalu.

Pelakon utama The Interview, aktor komedi Seth Rogen dan James Franco dalam reaksi Twitter mereka turut memuji tindakan Sony Pictures sebagai satu kemenangan moral serta berterima kasih kepada Obama atas sokongan terhadap filem tersebut. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori